Member

Wednesday 7 December 2011

SPIRULINA

Hari nie Ieyda nak kongsikan tentang keberkesanan spirulina....selain yg Ieyda dh tls kt PRODUK PENJAGAAN KESIHATAN pd  Oct lepas, byk lg fungsi2 Spirulina nie...Antaranya  keberkesanannya adalah khas utk :-
Wanita Hamil
  • Khasiat yang seimbang membantu tumbesaran bayi.
  • Kalsium dan Magnesium membantu menguatkan tulang dan gigi.
  • Zat Besi dan Asid Folik mengelakkan masalah Anemia.
  • GLA mengimbangkan hormon dan kestabilan emosi.
  • Dr. Adelle Davis berkata : kekurangan Vitamin B12 dan E meningkatkan risiko keguguran.
Kanak-kanak
  • Khasiat yang seimbang membantu pembesaran tubuh dan peningkatan otak
  • Kalsium dan Magnesium membantu menguatkan tulang dan gigi.
  • Klorofil, Vitamin B12, Zat Besi dan Asid Folik mengelakkan masalah Anemia
  • Pigmen semulajadi, Vitamin A, E dan Selenium menghapuskan radikal bebas dan meningkatkan pertahanan badan.
Jerawat
  • Klorofil membersih toksin dalam tubuh.
  • GLA mengimbangi sistem hormon.
  • Vitamin B2 dan B6 merangsang metabolisme Lemak.
  • Vitamin A dan Zink membantu pemulihan luka.
  • Zat Galian mengimbangi pH tubuh badan dan merangsang metabolisme.
  • Asid Nikotina mengelakkan parut jerawat.
Kecantikan
  • Khasiat yang seimbang membantu mencantikkan kulit dan pigmentasi serta melambatkan kekedutan.
Sembelit & Buasir
  • Sembelit adalah asas penyakit kronik.
  • Klorofil dan serat mengelakkan masalah sembelit.
  • Vitamin B Kompleks dan serat merangsang pergerakan usus.
Gastrik Ulser
  • 80% Gastrik Ulser disebabkan oleh tekanan hidup. Makanan bersifat alkali, Protein, Vitamin B Kompleks dan Vitamin A dapat mengawal Asid Gastrik dan memelihara selaput mukus.Klorofil dan Mesaphyrin dapat mengelakkan masalah Ulser.
Daya Seks
  • Khasiat yang seimbang, Vitamin A, B Kompleks, Vitamin E, Zink dan Selenium boleh membantu meningkatkan keupayaan seks.
Kencing Manis
  • Kekurangan Insulin dan Magnesium yang dihadapi oleh pesakit Kencing Manis boleh menghalang metabolisme Protein dan Lemak. Situasi ini akan menyebabkan penghidap Kencing Manis mudah diserang penyakit-penyakit sampingan lain.
  • Vitamin B Kompleks, Zink, Kalium dan Magnesium boleh membantu masalah Kencing Manis. Vitamin B6 + Magnesium boleh mengurangkan asid Xanthurenic yang merosakkan sel Pankreas.
  • Klorofil + Protein + Vitamin B1, B2 dan Asid Pantothenic + Zink boleh mengembalikan fungsi Pankreas dan penghasilan Insulin semulajadi.
  • Vitamin E mengelakkan pengoksidan Lemak dan Karbohidrat yang tidak dibakar menjadi Oksidan.
Tekanan Darah
  • Spirulina mengandungi 10 kali ganda Kalium berbanding sayuran. Ini bersamaan kombinasi Protein, Vitamin E dan Asid Lemak Wajib untuk mengelakkan masalah tekanan darah tinggi.
  • Kombinasi Methionin dan Serine apabila bergabung dengan kombinasi Vitamin B6 dan Magnesium akan menghasilkan Choline - Choline telah terbukti boleh membantu menurunkan tekanan darah.
  • 89.7% serat larut air dapat menurunkan tahap Kolestrol.
  • Vitamin E + GLA boleh mengelak saluran darah tersumbat dan mengawal tekanan darah.
  • Pengambilan ubat darah tinggi menyebabkan kehilangan Zat Galian. Khasiat Spirulina yang tinggi berfungsi menggantikannya.
  • Kandungan Protein tumbuhan dalam Spirulina boleh menggantikan Protein haiwan yang secara semulajadinya berkolestrol tinggi.

SELAMAT MENCUBA....

TESTIMONI KESIHATAN DEMAM CAMPAK

Hari nie ieyda nk kongsikan testimoni kesihatan demam campak yang telah dialami oleh adik Nur Fara Hadira...


Pada 23 Julai lalu, Nur Fara Hadira Bt Akop telah dijangkiti Demam Campak sehinggakan kegatalan dan ketidakselesaan yang dirasai mengganggu tidurnya. Melihat keadaan itu, bapanya En Akop Bin Samah mencuba menggunakan beberapa produk Gamat Emas Sdn Bhd untuk membantu mengurangkan penderitaan anaknya..


"Saya menyuruh  anak saya mandi menggunakan Gel Mandian Gamat dan selepas mandi saya sapukan Krim Gamat dan kemudiannya saya semburkan Minyak Linimen di kawasan cacar. Alhamdulillah pada malam itu anak saya boleh tidur seperti biasa dan nyenyak lerana tidak rasa gatal atau miang lagi. Paling mengagumkan saya dalam masa 5 hari sahaja anak saya sembuh dari demam campak hanya dengan menggunakan produk Gamat Emas yang biasanya Demam Campak mengambil masa lebih kurang 2 minggu untuk sembuh..Alhamdulillah.."

Sunday 20 November 2011

Testimoni Pengguna Produk Bio-H

Bio-H dengan kandungan L-Arginin, L-Glutamin, Lysin dan Niasin merupakan pencetus hebat yang membantu merangsang rembesan Hormon Tumbesaran (HGH) secara semulajadi dari kalenjar anterior pituitari otak. Tindakan Bio-H boleh membantu:

  • Mempercepatkan penyembuhan luka
  • Peningkatan metabolisma dan tenaga
  • Meningkatkan imuniti tubuh
  • Mengurangkan lamak secara semulajadi
  • Merangsang penumbuhan semula otot dan organ badan
  • Meningkatkan keupayaan seksual
  • Mengawal tekanan darah
  • Menguatkan tulang
  • Menghilangkan kedutan kulit dan selulit
  • Memberi tidur yang berkualiti
  • Merangsang keupayaan memori dan menajamkan penglihatan
  • Mengawal kolesterol darah
  • Memberi keceriaan dan mencegah kemurungan...

Puan Sofiah menghidap bisul di bahagian payudara dan mendapatkan rawatan moden. Anak beliau Puan Soharyati mengesyorkan beliau mengamalkan produk Gamat Emas untuk menyokong penyembuhan bisul yang dialami...

"Saya menggunakan Bio-H dan produk lain seperti Boiseed, Pati Gamat Plus serta C3 Spirulina. Hari demi hari bisul semakin mengecut dan mengeluarkan nanah malah menunjukkan tanda-tanda semakin sembuh. Selepas dua bulan mengamalkan produk-produk ini, Alhamdulillah kini bisul sembuh dan tubuh semakin sihat.. Gunalah produk Gamat Emas Sdn Bhd yang terbukti membantu meningkatkan kesihatan"...

Tuesday 1 November 2011

GAMAT dan KELEBIHANNYA...

Gamat atau Timun laut merupakan sejenis haiwan invertebrata (tanpa tulang belakang) laut yang meraih populariti dewasa ini di sebabkan khasiat dan nilai terapeutiknya yang mengkagumkan. Malah, kuasa penyembuhannya telah di agungkan dan di manfaatkan oleh nenek moyang kita sejak lebih 300 tahun dahulu.


Tergolong didalam filum Ekinodermata, spesis Timun Laut yang didapati berkesan dari segi nilai keberkesanannya adalah daripada genus Sticophus atau lebih dikenali Gamat. Nama lainnya mengikut panggilan setempat termasuklah 'balat' 'bat' 'brunok' 'trepang atau 'hoi-sum'.


Hampir 42 spesis Timun Laut telah dikenalpasti di perairan Malaysia sementara lebih dari 2,000 spesis wujud di serata dunia.Umumnya haiwan ini berbentuk silinder, leper pada bahagian dorso-ventral dan mempunyai bukaan di bahagian anterior dan posterior.

Pembiakan boleh secara seksual atau aseksual. Ianya adalah haiwan detritus iaitu makan secara menyapu pasir ke dalam mulut. Pergerakan haiwan yang lambat menyebabkan ianya perlu mempunyai mekanisme pertahanan tubuh yang efisyen iaitu mengeluarkan Holothurinyang toksik dan dapat melumpuhkan haiwan kecil.

Holothurin dikeluarkan oleh kelenjar khusus yang dikenali sebagai Kuvier. Sebatian ini telah dicamkan seawal tahun dua puluhan dan hanya diberi penekanan yang intensif pada tahun 1950an. Saponin adalah Holothurin yang utama yang dipercayai berkesan dalam penyembuhan luka, rawatan selepas bersalin dan sebagai antifungus.

Kajian Timun Laut tempatan hanya bermula pada awal 1980an di Universiti Kebangsaan Malaysia Kampus Sabah. Kemudian muncul beberapa kumpulan penyelidik lain misalnya dari Universiti Malaya, Universiti Sains Malaysia, Universiti Putra Malaysia dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia.

Kumpulan penyelidik dari Universiti Kebangsaan Malaysia sehingga kini begitu tekun menjalankan ujikaji untuk mengenalpasti baha-bahan bioaktif didalam Gamat untuk mengesahkan keberkesanannya. Kumpulan yang terdiri lebih daripada 20 orang ahli akademik ini diterajui oleh Prof Dr. Ridzuwan Hashim (PMK).

Analisa keatas tubuh dan cecair selom Gamat mendapati yang ianya tinggi dengan kandungan protein yang melebihi 44%, manakala karbohidrat antara 3-5% dan lemak sebanyak 1.5%. Komponen-komponennya termasuklah asid amino esential, kolagen, vitamin E, zat-zat galian seperti kromium, ferum, kadmium, mangan, nikel, kabalt dan zink. 

Kandungan asid lemak mustahak seperti EPA (asid omega eikosapentaenoik) dan DHA (asid omega dekosaheksaenoik) turut memainkan peranan penting sebagai agen penyembuh luka dan antithrombotik iaitu berupaya mengurang kan kejadian pembekuan darah di dalam saluran darah. Ini dapat mengurangkan risiko penyakit 'Strok' dan 'Jantung'. 

Kedua-dua asid ini dipercayai juga membantu memperlahankan proses degenerasi sel disamping melambatkan proses penuaan. Bahan bioaktif didalam Gamat turut berkesan sebagai antioksidan yang membantu mengurang kan kerosakan sel dan tisu tubuh. Ia juga penting untuk menjamin kesuburan badan. 

Kesan anti-bakteria anti-fungus meningkatkan kemampuannya untuk tujuan rawatan kulit. Gamat juga didapati mempunyai kesan anti-nosiseptif (penahan sakit) dan anti-inflamasi (lawan radang dan surut bengkak). 

Kajian pemerhatian terhadap penduduk di Kudat, Semporna, Setiu, Kuantan, Pekan dan Pulau Pangkor menguatkan lagi bukti keberkesanan Gamat sebagai agen anti-hipertensi (mengurangkan tekanan darah tinggi). Sementara kajian-kajian di luar negara turut menyerlahkan potensi Gamat sebagai anti-tumor dan memberi kesan positif terhadap penyakit Aids.

Secara tradisional pula, GAMAT dipercayai berkesan
  • untuk meningakatan kesihatan badan,
  • mempercepatkan penyembuhan luka luaran dan dalaman,
  • mengurangkan rasa sakit sendi, badan dan lenguh otot,
  • menghindari masalah alahan dan lelah,
  • melawan radang dan meredakan bengkak,
  • melancarkan pengaliran darah,
  • memulihkan sistem peranakan selepas bersalin,
  • masalah resdung, buasir dalam dan luar,
  • mencantikkan kulit dan awet muda,
  • meningkatkan metabolisma dan membantu masalah keletihan,
  • menghindari sembelit dan masalah buasir, menguatkan tenaga batin,melegakan migrain
  • mengurangkan tekanan darah tinggi dan mengawal kencing manis, kolestrol serta lain-lain lagi.
Menyedari hakikat Gamat memiliki khasiat keberkesanan yang tinggi sehingga boleh menandingi Akar Ginseng, maka GESB memformulasikan produk penjagaan kesihatan berasaskan Gamat di bawah pengawasan pakar bagi kegunaan harian dan kesihatan dengan jenama ‘eMas’ khusus untuk anda!

Wednesday 19 October 2011

Testimoni Produk - Penyakit Kencing Manis

Penyakit Kencing Manis yg Teruk


Sebelum





Selepas




     














Produk digunakan: Pati Gamat Plus, Bioseed, C3 Spirulina, Gel Mandian Gamat, Gel Gamat dan Minyak Linimen

Monday 17 October 2011

TESTIMONI


Masalah Keguguran Rambut
Asri Bin Abdullah
' Saya mengalami masalah keguguran rambut selama hampir 2 tahun akibat selalu memakai topi. Selepas 3 bulan mencuba Bio-H dan produk gamat yang lain seperti Bioseed, PGP, dan Losyen Gamat, saya mendapati anak rambut mula tumbuh, malah saya kelihatan lebih muda sehinggakan anak pun disangka adik''.
'Terima Kasih Gamatemas'!


Jantung,Tekanan Darah Tinggi dan Diabetes

En. Alias b Mat Diah
En. Alias telah disahkan menghidap masalah jantung tersumbat, tekanan darah tinggi dan diabetes dalam masa yang sama pada April 2010 selepas dimasukkan ke hospital akibat sesak nafas. Keadaan beliau menjadi semakin teruk sehinggakan terpaksa menjalani pembedahan. 

Kesan daripada itu, beliau seriang merasai degupan jantung yang laju, semput, pedih ulu hati, kembung perut dan radang hati. Beliau juga ada mencuba pelbagai produk kesihatan namun tiada sebarang perubahan dirasai. Namun, setelah diperkenalkan produk Gamatemas Sdn.Bhd. oleh En. Khairil Misni pada Januari 2011, beliau mencuba set GHE iaitu Bioseed Plus Enzyme, Pati Gamat Plus, C3 Spirulina dan Bio-H ternyata selepas 3 minggu mengamalkan produk-produk ini, beliau merasai perbezaannya.
' Alhamdulillah, saya merasai perubahn yang sangat ketara. Saya rasa seperti tidak pernah sakit, tidak pernah menjalani pembedahan malah badan menjadi ringan, sudah boleh melakukan pekerjaan berat tanpa rasa semput dan penat. Selepas mengamalkan set Gaya Hidup Emas, perut boleh bertahan lama tanpa rasa kembung dan pedih ulu hati. Tekanan darah sudah stabil, gula darah pun menurun, malah radang hati semakin pulih. Azam saya ingin membantu orang di luar sana dengan mengesyorkan produk GESB kerana saya berasa sungguh yakin dengan pengalaman saya dan ingin berkongsi kisah diri saya sehingga bertemu keserasian dengan Gamat Emas.
'Terima Kasih Gamatemas'!


Kesuburan

Pn. Sauyah Miyasin
''Saya berasa amat gembira dan terharu dikurniakan cahayamata lagi selepas anak bongsu 11 tahun yang lalu. Hubungan dengan suami juga semakin baik. Kalau ada sesiapa yang ada masalah seperti ini cubalah Femmina dan G-Cafe Ubi Jaga (Ori) dengan yakin.


'Terima Kasih Gamatemas'!



Gout
En. Zainol Bin Senapi

' Sememangnye sudah 4 tahun saya menderita dengan masalah Gout. Dan 5 bulan saya langsung tidak dapat bekerja, kerana tidak boleh banyak berjalan akibat teramat sakit pada semua sendi terutamanya di kaki.

Suatu hari saya mencuba Minyak Liniment dan Set Gaya Hidup Emas yang disarankan oleh Puan Yazah Saad dan Puan Maznah Ahmad. Ternyata selepas menggunakannya selama 2 hari bengkak di kaki menjadi surut dan saya amat gembira dengan perubahan ini. Alhamdulillah dengan izin Allah S.W.T, kini saya mampu bergerak kemana-mana sahaja tanpa halangan lagi.



Friday 14 October 2011

VITILIGO - MANUAL RAWATAN GAMAT

Vitiligo ialah penyakit yang tidak begitu jelas puncanya. Di dapati 10% mempunyai unsur keturunan sementara yang lainnya mungkin disebabkan oleh masalah autoimmun, masalah saraf atau mungkin bersangkutan dengan penyakit seperti masalah thyroid, kencing manis, penyakit Addison, anemia dan berkemungkinan bermula selepas masalah psychology. Bahagian yang terlibat akan kehilangan fungsi sel melanocyt (yang menghasilkan melanine atau pigmen kulit). Selalu berlaku tompok tompok putih di sekitar jari, mulut dan bahagian sendi. Bahagian tersebut terdedah kepada sinaran ultra violet matahari yang boleh menyebabkan sunburn dan kanser kulit kerana tiada lindungan dari pigmentasi kulit. Bila terkena matahari, ia akan terasa gatal. Anda dinasihatkan mendapat rawatan lanjut dari pakar kulit.
Gamat membantu pemulihan dalaman di samping kesan antihistamina boleh membantu mengelakkan rasa gatal. Bioseed menyah toksin dari usus dan Klorofil menyah toksin dari darah. C3 Spirulina mempunyai khasiat nutriens yang tinggi bagi pemulihan sel kulit yang rosak. Bio-H pula membantu mengawal modulasi semula sistem immun jika berlakunya masalah penyakit autoimmun.
Disyorkan :


  • Bioseed 1 paket 2 kali sehari sebelum makan
    (Makan 1/2 jam sebelum makan pagi dan malam dan minum air kosong sekurang-kurangnya 8 gelas sehari supaya Bioseed boleh bertindak dengan baik)

    Pati Gamat Plus Vita 1 sudu besar 2 kali sehari
    (Peringatan: Jika anda ada alahan pada perisa Oren, sila gunakan Pati Gamat Plus)
    (Elok dimakan 1/2 jam selepas Bioseed)

    C3 Spirulina 1 sudu besar 3 kali sehari
    (1 sudu besar dibancuh dengan segelas air kosong - bergantung kepada tahap kepekatan yang diingini)

    Bio-H 1-2 paket makan sebelum tidur dalam keadaan perut kosong (tidak makan selama 2 jam)
    (Boleh dibancuh dengan air biasa iaitu air mineral suhu bilik atau air soya sejuk)

    Krim Gamat eMas disapu pada bahagian yang terlibat
Sumber: Perunding GESB

TUMIT - MANUAL RAWATAN GAMAT

Tumit pecah sering terjadi kepada mereka yang selalu berdiri di atas permukaan yang keras dan sejuk. Kulit tumit yang kering, retak dan pecah akan beransur pulih jika di sapukan pelembab yang sesuai. Produk gamat eMas diformulasikan dengan pelembab yang effektif, vitamin E dan ekstrak gamat yang dapat memulihkan kecederaan kulit dengan segera.


Disyorkan :

Losyen eMas disapukan kerap pada bahagian tumit
Krim Gamat eMas juga boleh digunakan terutama pada kes yang lebih serius
Sakit tumit atau plantar fasciitis pula merupakan sakit pada pangkal tumit. Ini sebenarnya disebabkan oleh radang pada tendon (urat) yang menyambungkan bahagian tulang tumit dan tulang jari kaki. Pesakit disarankan untuk berjalan dengan menjejak keseluruhan tapak kaki dan mengelakkan dari jalan berjengkit. Pesakit juga perlu merehatkan kaki dan mengelakkan dari berdiri terlalu lama.

Disyorkan :


Pati Gamat Plus / Vita 1 sudu besar 2 kali sehari
(Elok dimakan 1/2 jam selepas Bioseed - jika ada mengambil produk Bioseed)

Krim Urut eMas digosok pada bahagian tumit
Minyak Linimen eMas juga boleh di semburkan di bahagian tumit

Sumber: Perunding GESB

TYROID - MANUAL RAWATAN GAMAT

Goiter atau beguk leher disebabkan oleh kekurangan zat iodin. Punca yang lain antaranya dikaitkan dengan jangkitan virus, penyakit autoimmuun (Hashimoto thyroiditis, Graves-Basedow), genetik, kanser dll. Ianya boleh dibahagikan kepada dua iaitu hyperthyroidism (hormon thyroxine berlebihan) yang mempunyai simtom hyperaktif, kurus walaupun selera yang bagus, sentiasa panas / berpeluh, gatal, berdebar , menggeletar, sering buang air besar dan kitaran haid yang jarang. Sementara hypothyroidism (hormon thyroxine berkurangan) mempunyai tanda sebaliknya iaitu gemuk dan kurang aktif, depressi, sembelit, sentiasa kesejukkan, suara parau dan kitaran haid yang kerap. Anda dinasihatkan untuk mendapat pemeriksaan dan rawatan doktor dengan sempurna.

Gamat mempunyai khasiat anti inflammasi yang dapat meredakan bengkak dan kesan anti noniseptif yang boleh mengurangkan sakit. Gamat juga mempunyai kesan penenang yang dapat mengurangkan gementar dan tremor pesakit thyroid. Khasiat zat galiannya mengandungi iodin boleh mengimbangi kekurangan mineral tersebut. Sementara Bioseed membantu mengikat toksik di dalam usus di samping membersihkan sistem penghadaman yang mungkin merupakan punca kepada kebanyakan penyakit dewasa ini. C3 Spirulina juga membantu membekalkan nutriens yang perlu untuk kesihatan sistem endokrin manusia.



Disyorkan :

Bioseed 1 paket 2 kali sehari
(Makan 1/2 jam sebelum makan pagi dan malam dan minum air kosong sekurang-kurangnya 8 gelas sehari supaya Bioseed boleh bertindak dengan baik)

Pati Gamat Plus / Vita 1 sudu besar 2 kali sehari
(Elok dimakan 1/2 jam selepas Bioseed)

C3 Spirulina 1 sudu besar 3 kali sehari
(1 sudu besar dibancuh dengan segelas air kosong - bergantung kepada tahap kepekatan yang diingini)

Gel Gamat eMas boleh disapu di bahagian beguk

Sumber: Perunding GESB

THROMBOPHLEBITIS - MANUAL RAWATAN GAMAT

Ini adalah keadaan di mana berlaku radang pada salurdarah yang tidak lancar seperti varicose vein yang mana berlaku ketulan darah beku. Ia juga sering di kaitkan dengan wanita hamil atau selepas bersalin (1%) dan keadaan di mana badan berada dalam keadaan diam yang lama (seperti menaiki pesawat > 20 jam). Komplikasi boleh timbul jika ketulan darah beku tadi masuk ke aliran darah dan pergi ke saluran darah kecil di jantung atau otak menyebabkan sakit jantung atau stroke. Rawatan selalunya dengan membalut bahagian yang mempunyai vena varikos dengan stokin khas dan mengangkat kaki supaya membantu pengaliran darah semula ke jantung. Ubat NSAID seperti Ponstan juga di beri.

Gamat mempunyai kesan melancarkan pengaliran darah dan menipiskan darah (thrombolytic) yang mana seeloknya di amalkan supaya dapat mencegah keadaan tersebut berlaku. Kesan penahan sakit dan menguatkan salurdarah juga membantu. Kesan pegaga juga boleh membantu ke arah kekuatan salurdarah (kesan venotonik) dan mengatasi vena varikosa yang merupakan penyebab thrombophlebitis tersebut.



Disyorkan :



Pati Gamat Plus Vita 1 sudu besar 2 kali sehari
(Peringatan: Jika anda ada alahan pada perisa Oren, sila gunakan Pati Gamat Plus)
(Elok dimakan 1/2 jam selepas Bioseed)

Bioseed (optional) 1 paket sehari
(Makan 1/2 jam sebelum makan dan minum air kosong sekurang-kurangnya 8 gelas sehari supaya Bioseed boleh bertindak dengan baik)

G-Cafe Pegaga 3-4 cawan sehari

Krim Urut eMas di urut lembut bila perlu


Sumber: Perunding GESB